- 1400 - Kampung Raja Songsang, Temerloh, Pahang
- 1840 - Kuala Kangsar, Perak
Monday, August 13, 2018
Bukit Sentosa > Gambang
Seorang Lelaki
Ke Hadapan Masa Lalu
Brownies
Itik
Bintang
Candy
![]() |
17 Jun 2017 | Bersama Candy di Hijau BookValley. |
Tak reti nak jinak ni. Mungkin tak ada masa nak belai. Maklumlah. Jangan nak fitnah ya. Kandang dia dekat belakang masjid yang saya wakaf hari tu dah nak siap. Kandang sahaja RM100k tau. #TerlajakLiar #Celaka |
Salam Perantauan
Bagi Nama Anak
Helmi Effendy, dalam status awal pagi ini, kata bahawa mahu letakkan nama anak lelakinya dengan nama meriam. Perempuan pula nama srikandi Melayu yang pawer.
Respons daripada kawan-kawan beliau menggesa beliau fikir dua perkara ini sebelum berbuat demikian:
- Cari nama isteri terlebih dahulu
- Bersedia perang dengan bini sewaktu beri nama anak
Sebagai lelaki yang serba ringkas, aku suka dengan nama-nama pilihan Helmi Effendy. Bagi aku, nama ialah personal branding.
Jika tidak, mengapa ibu bapa dan orang-orang tua berebut-rebut menamakan anak cucu mereka dengan nama-nama paling indah?
Mengapa terdapat banyak buku bersungguh-sungguh mengupas dengan begitu mendalam berkaitan maksud nama-nama berkenaan?
Dan memberi nama cuma sekadar permulaan. Sebaik melepasi garis permulaan itu sebenarnya yang lebih utama. Jangan sampai bertumbuk pula laki bini.
Review: Cinta Melankolia (Drama TV)
Aliff Aziz sebagai Zain, kuli Tuan Hamid lakonan Dato' Eizlan Yusoff, suami kepada isteri baharu merangkap pengurus perniagaan kafe dia, Suhana lakonan Nonny Nadirah, pelakon baharu yang berbakat.
Ketiga-tiga ni memang trio yang power.
Zain mangsa keadaan. Trauma sejak kecil ibu bapa kena bunuh. Lalu, berdendam dan tekad, darah mesti dibayar dengan darah.
Paling bangang, dia bercinta dengan bini orang. Ya, perempuan yang dia sudah lama pendam cinta berkahwin dengan orang lain. Sabar ya, Zain.
Namun, perempuan itu pun sebenarnya tidak mencintai lelaki yang dinikahinya. Mudah dipengaruh dan sering dikongkong ibu sendiri.
Juga ibu Suhana, lakonan Liza Abdullah sebagai Puan Anita. Seorang Melayu tipikal yang mudah ditipu. Keinginannya yang bersifat materialistik mengatasi kepentingan menjaga kesihatannya.
Akhirnya, menjadi watak paling menyusahkan. Konflik kedua terbesar selepas keterpaksaan Suhana bernikah dengan Tuan Hamid.
Mungkin minggu ini minggu terakhir siri drama ini. Secara keseluruhannya, Melankolia berada dalam kelasnya yang tersendiri.
Meninggalkan dan Ditinggalkan adalah Dua Hal yang Berbeza
![]() |
grafik: facebook.com/pidionl |
Lagu-lagu yang ditulis oleh Taylor Swift mengangkat tema meninggalkan atau melepaskan.
Namun, inspirasi daripada tulisan yang ditampil agak bagus juga dijadikan pencetus kepada kehidupan yang lebih baik.
"Band-aids don't fix bullet holes."
[ Lagu 'Bad Blood' ]
"A bullet hole is something that comes with pain, with repercussions, and (usually) is unexpected. It’s not something that you plan into your daily schedule."
Minta petunjuk. Pasti jumpa. Cepat atau lambat, bergantung kepada usaha dan kemahuan kau.
Untuk jatuh dan kalah dengan musibah ialah pilihan yang lebih cepat untuk kau ditimpa masalah baharu yang lebih menyakitkan.
Saya Toleh Belakang
![]() |
22 Jun 2017 | Di Hijau BookValley |
Saya toleh belakang
saya tanya
busuk tak?
selamat mampus menelan kentut paling busuk di dunia
untuk manusia hati paling busuk di dunia
Wanita ialah Kompleks yang Indah
Wanita bukan kompleks membeli-belah yang sesuka hati kita keluar dan masuk daripada kehidupannya.
Mereka mempunyai nilai tersendiri.
Dan kompleks indah ini berada dalam lingkungan kehidupan kita semua.
Mudah tersenyum, berwajah manis.
Malah, tanpa perlu berusaha meluntur warna kulit pada wajah pun, membuat pemilik hati gundah yang memandang terasa nyaman.
Biarlah tidak sampai kepada tahap memikat. Cukup sekadar menjadikan dunia aman tiada telagah.
Mungkin mereka tidak pandai membaca peta. Namun, pandai membaca perasaan. Pandai menilai tingkah dan gerak laku. Lalu, mereka menjadi ibu.
Kata Hijjaz, ibu Sumayyah memiliki tangan yang mampu menggoncang dunia. Selembut itu pun, pegangannya teguh. Keteguhan itu bukan cuma untuk dirinya sendiri.
Malah, menjadi sumber kekuatan insan-insan kesayangannya.
Mendamaikan hati lelaki. Dakapannya hangat. Kata-katanya melenturkan beban dahsyat dan berat pada bahu lelaki. Lalu, dia menjadi isteri.
Terketar-ketar Muhammad melangkah pulang. Disambutnya dengan layanan hangat yang damai dan melenturkan ketakutan. Itulah Khadijah.
Walaupun rajuknya melangit seperti Aisyah. Buah hati yang lewat pulang dinanti penuh setia. Akhirnya, lena di sebalik pintu.
Menyedari ketakutannya akan melukai dan menyakiti, buah hati, yang namanya lelaki, hanya diam.
Lalu, lena juga di sebalik pintu yang lagi satu.
Dingin itu hanya seketika, oh lelaki.
"Oh." Cukup dibalas sependek itu. Dengan senyum yang kau ukir penuh sabar.
Esok pagi, saat kamu berdua bangkit dan sedar lewat azan Subuh, dakapannya kembali menghangatkan.
Perasaan itu sama seperti baru semalam kamu dilahirkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Anda Mungkin Suka Baca
Kampung Raja Songsang > Kuala Kangsar
1400 - Kampung Raja Songsang, Temerloh, Pahang 1840 - Kuala Kangsar, Perak

Ramai Suka Baca Ni
-
Aku suka drama Melankolia yang TV3 tayang setiap jam 10 malam dari Isnin sehingga Rabu. Aliff Aziz sebagai Zain, kuli Tuan Hamid lakon...
-
Wanita bukan kompleks membeli-belah yang sesuka hati kita keluar dan masuk daripada kehidupannya. Mereka mempunyai nilai tersendiri. ...
-
21 Jun 2017 | Pelekat oleh Thukul Cetak & Thukul Bersekutu Seorang lelaki kalamnya kering penselnya patah akalnya selalu seg...