Buat Carian di Blog Ini

Showing posts with label Catatan FB. Show all posts
Showing posts with label Catatan FB. Show all posts

Monday, August 13, 2018

Bagi Nama Anak



Helmi Effendy, dalam status awal pagi ini, kata bahawa mahu letakkan nama anak lelakinya dengan nama meriam. Perempuan pula nama srikandi Melayu yang pawer.

Respons daripada kawan-kawan beliau menggesa beliau fikir dua perkara ini sebelum berbuat demikian:

  1. Cari nama isteri terlebih dahulu
  2. Bersedia perang dengan bini sewaktu beri nama anak

Sebagai lelaki yang serba ringkas, aku suka dengan nama-nama pilihan Helmi Effendy. Bagi aku, nama ialah personal branding.

Jika tidak, mengapa ibu bapa dan orang-orang tua berebut-rebut menamakan anak cucu mereka dengan nama-nama paling indah?

Mengapa terdapat banyak buku bersungguh-sungguh mengupas dengan begitu mendalam berkaitan maksud nama-nama berkenaan?

Dan memberi nama cuma sekadar permulaan. Sebaik melepasi garis permulaan itu sebenarnya yang lebih utama. Jangan sampai bertumbuk pula laki bini.

Meninggalkan dan Ditinggalkan adalah Dua Hal yang Berbeza

grafik: facebook.com/pidionl

Lagu-lagu yang ditulis oleh Taylor Swift mengangkat tema meninggalkan atau melepaskan.

Namun, inspirasi daripada tulisan yang ditampil agak bagus juga dijadikan pencetus kepada kehidupan yang lebih baik.

"Band-aids don't fix bullet holes."
[ Lagu 'Bad Blood' ]

"A bullet hole is something that comes with pain, with repercussions, and (usually) is unexpected. It’s not something that you plan into your daily schedule."

Perkara yang rahsia dan tak dijangka ini sentiasa dalam pengetahuan Tuhan. Misalnya, bagaimana keadaan kita mati nanti. Mati di mana, sebab apa, sakit atau tidak.

Minta petunjuk. Pasti jumpa. Cepat atau lambat, bergantung kepada usaha dan kemahuan kau.

Untuk jatuh dan kalah dengan musibah ialah pilihan yang lebih cepat untuk kau ditimpa masalah baharu yang lebih menyakitkan.

Wanita ialah Kompleks yang Indah


Wanita bukan kompleks membeli-belah yang sesuka hati kita keluar dan masuk daripada kehidupannya.

Mereka mempunyai nilai tersendiri.

Dan kompleks indah ini berada dalam lingkungan kehidupan kita semua.

Mudah tersenyum, berwajah manis.

Malah, tanpa perlu berusaha meluntur warna kulit pada wajah pun, membuat pemilik hati gundah yang memandang terasa nyaman.

Biarlah tidak sampai kepada tahap memikat. Cukup sekadar menjadikan dunia aman tiada telagah.

Mungkin mereka tidak pandai membaca peta. Namun, pandai membaca perasaan. Pandai menilai tingkah dan gerak laku. Lalu, mereka menjadi ibu.

Kata Hijjaz, ibu Sumayyah memiliki tangan yang mampu menggoncang dunia. Selembut itu pun, pegangannya teguh. Keteguhan itu bukan cuma untuk dirinya sendiri.

Malah, menjadi sumber kekuatan insan-insan kesayangannya.

Mendamaikan hati lelaki. Dakapannya hangat. Kata-katanya melenturkan beban dahsyat dan berat pada bahu lelaki. Lalu, dia menjadi isteri.

Terketar-ketar Muhammad melangkah pulang. Disambutnya dengan layanan hangat yang damai dan melenturkan ketakutan. Itulah Khadijah.

Walaupun rajuknya melangit seperti Aisyah. Buah hati yang lewat pulang dinanti penuh setia. Akhirnya, lena di sebalik pintu.

Menyedari ketakutannya akan melukai dan menyakiti, buah hati, yang namanya lelaki, hanya diam.

Lalu, lena juga di sebalik pintu yang lagi satu.

Dingin itu hanya seketika, oh lelaki.

"Oh." Cukup dibalas sependek itu. Dengan senyum yang kau ukir penuh sabar.

Esok pagi, saat kamu berdua bangkit dan sedar lewat azan Subuh, dakapannya kembali menghangatkan.

Perasaan itu sama seperti baru semalam kamu dilahirkan.

Anda Mungkin Suka Baca

Kampung Raja Songsang > Kuala Kangsar

1400 - Kampung Raja Songsang, Temerloh, Pahang 1840 - Kuala Kangsar, Perak

Ramai Suka Baca Ni