Aliff Aziz sebagai Zain, kuli Tuan Hamid lakonan Dato' Eizlan Yusoff, suami kepada isteri baharu merangkap pengurus perniagaan kafe dia, Suhana lakonan Nonny Nadirah, pelakon baharu yang berbakat.
Ketiga-tiga ni memang trio yang power.
Zain mangsa keadaan. Trauma sejak kecil ibu bapa kena bunuh. Lalu, berdendam dan tekad, darah mesti dibayar dengan darah.
Paling bangang, dia bercinta dengan bini orang. Ya, perempuan yang dia sudah lama pendam cinta berkahwin dengan orang lain. Sabar ya, Zain.
Namun, perempuan itu pun sebenarnya tidak mencintai lelaki yang dinikahinya. Mudah dipengaruh dan sering dikongkong ibu sendiri.
Juga ibu Suhana, lakonan Liza Abdullah sebagai Puan Anita. Seorang Melayu tipikal yang mudah ditipu. Keinginannya yang bersifat materialistik mengatasi kepentingan menjaga kesihatannya.
Akhirnya, menjadi watak paling menyusahkan. Konflik kedua terbesar selepas keterpaksaan Suhana bernikah dengan Tuan Hamid.
Mungkin minggu ini minggu terakhir siri drama ini. Secara keseluruhannya, Melankolia berada dalam kelasnya yang tersendiri.